Gathering Geng Azri Walter
(Lelaki Sahaja)
Persediaan Setiap Penjuru Menuju Zaman Ekonomi Mencabar
Satu sesi perkongsian eksklusif bersama Azri Walter untuk mereka yang mahu bersedia dari pelbagai sudut menghadapi cabaran ekonomi semasa dan masa hadapan.
Dalam suasana dunia yang semakin tidak menentu, ramai orang mula sedar bahawa kekuatan hidup bukan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan, satu pelan, atau satu harapan semata-mata.
Melalui gathering ini, Azri Walter akan berkongsi pandangan, persediaan dan sudut fikir yang lebih luas tentang bagaimana seseorang boleh membina ketahanan diri, keluarga dan hala tuju kewangan dalam zaman ekonomi yang semakin mencabar.
Ini bukan sekadar sesi motivasi biasa.
Ia adalah satu perjumpaan santai tetapi padat dengan isi, membuka ruang untuk peserta melihat semula kedudukan hidup, kewangan, survival, peluang dan strategi dari pelbagai penjuru.
Apa Yang Akan Dikongsikan
Antara perkara penting yang akan disentuh:
- Persediaan minda menghadapi zaman ekonomi mencabar
- Cara melihat semula kedudukan kewangan peribadi
- Kepentingan membina sumber pendapatan tambahan
- Survival skill dan keupayaan berdikari dalam dunia yang berubah
- Bagaimana menilai peluang dan risiko dengan lebih bijak
- Persediaan diri, keluarga dan masa depan dari sudut yang lebih realistik
- Perkongsian sudut pandang Azri Walter tentang hala tuju hidup dan ekonomi semasa
Siapa Yang Sesuai Hadir
Gathering ini sesuai untuk:
- Mereka yang mahu lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi
- Individu yang mahu membuka perspektif baru tentang survival dan masa depan
- Usahawan, pekerja, pasangan suami isteri atau sesiapa sahaja yang mahu lebih peka dan bersedia
- Mereka yang gemar sesi perkongsian eksklusif dalam suasana lebih dekat dan santai
Maklumat Program
Tarikh: 7 November 2026 (Sabtu)
Masa: 8 pagi – 11pagi
Yuran: RM190 seorang
Termasuk: Makanan & minuman
Lokasi: Sekitar Kuala Lumpur / Lembah Klang
Nota lokasi: Lokasi penuh akan dimaklumkan kemudian kepada peserta yang berdaftar
Kapasiti: Terhad sekitar 20–30 peserta sahaja
Kenapa Perlu Daftar Awal
Tempat adalah terhad kerana sesi ini dirancang dalam kumpulan kecil agar lebih selesa, lebih fokus dan lebih bermakna.
Lokasi juga akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan yang disahkan.
Jika anda merasakan ini masa untuk melihat masa depan dengan lebih serius dan bersedia dengan lebih bijak, ini adalah antara perjumpaan yang wajar anda hadiri.
Apa Yang Perlu Anda Bawa?
Anda tidak perlu menyediakan presentation atau proposal yang panjang.
Cukup datang dengan:
• Pengenalan ringkas tentang diri anda.
• Apa yang sedang anda usahakan.
• Kad bisnes atau contact details jika ada.
• Kesediaan untuk berkenalan dan berbual dengan orang baharu.
.jpg)
Nota Penting
• Sesi rasmi bersama Azri Walter berlangsung selama 1-3 jam bergantung keadaan.
• Peserta boleh teruskan networking bersama peserta lain selepas sesi rasmi tamat.
• Tempat tidak boleh ditempah tanpa pembayaran.
• Penyertaan hanya disahkan selepas bayaran penuh diterima.
• Bayaran yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan.
• Sila pilih sesi dengan teliti sebelum membuat pembayaran.
Jika belum dapatkan Buku Henyak Sampai Lunyai di BELI BUKU
Sebarang pertanyaan hubungi ADMIN WALTER DIGITAL

